Thursday, 12 January 2017

Tips~Tips Berjumpa Perunding Kewangan~

ASSALAMUALAIKUM..


Andai kata ada wakil perunding kewangan unit amanah berbincang dengan anda. Dia menawarkan produk pelaburan amanah kepada anda. Apa tindakan anda seterusnya? Boleh jugak bagi cadangan dan fakta kalau ada knowledge dalam bidang pelaburan amanah ni..Tapi kalau yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pelaburan ni, ada sikit tips yang saya boleh kongsikan kepada anda semua.

1. Lihat kad kuasa perunding yang dikeluarkan oleh pihak Kesatuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia- Federation of Investment Manager Malaysia (FIMM). (bahasa mudahnya lesen UTC lah..)

2. Kenal pasti syarikat unit amanah yang diwakili oleh perunding amanah tu. (samada CIMB-CWA, Public Mutual dsb.)

3. Dapatkan prospektus dan penerangan portfolio pelaburan Unit Amanah yang ditawarkan.

4. Rekod prestasi kewangan portfolio yang dicadangkan. Sekiranya portfolio baru, dapatkan penerangan dengan lebih jelas.

5. Tempoh pulangan pelaburan yang dijangka.

6. Ramalan kedudukan ekonomi bagi tempoh pelaburan itu.

7. Kos dan caj yang dikenakan bagi portfolio pelaburan itu.

8. Hak-hak sebagai seorang pelabur dan undang-undang yang berkuat kuasa daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia ataupun mana-mana badan kawal selia yang diiktiraf pihak kerajaan.

9. Borang yang harus diisi dan ditandatangani serta dokumen yang harus dibekalkan bagi tujuan pelaburan itu.

10. Melihat keseluruhan Unit Amanah yang diuruskan oleh syarikat.

11. Kaedah pembayarn kepada syarikat Unit Amanah bagi tujuan pelaburan, contohnya melalui cek, tunai, auto debit, KWSP dan sebagainya.

Yang penting, sentiasa mendapatkan nasihat dari keluarga, kawan, ataupun penasihat kewangan.


Kurangkan beban kewangan!