Wednesday, 10 December 2014

TIDAK, SAKIT TEKAK MENYERANG DIRI KU .......

lepas aje aku balik dari JB haritu, terus aku demam. selsema, sakit tekak, badan aku pun panas.. tak tahu la kenapa. maybe sebab perubahan cuaca kot. tapi, sekurang-kurangnya aku dapat rehat sehari kat rumah. besok nya aku pergi kerja.

sakit tekak aku ni makin teruk, sebab aku main belasah aje minum CoolBlog, minum air berais, selamba aje makan makanan manis yang buat tekak aku luka. nah, ni makan dia! terus aku sakit tekak, batuk teruk sampai hilang suara!

macam mana aku nak kerja kalau takde suara? aku punya karier ni dahlah kena berinteraksi dengan customer, dengan suara yang sedap and air manis. kalau suara garau macam jantan, asyik terbatuk-batuk larilah customer aku.

bila malam, makin teruk pulak. langsung takde suara. kotak suara aku dah rosak. (kononnya). esok aku nak kena kerja macam mana ni? nasib baiklah si dia , my lovely tu sanggup tukar cuti dengan aku. sepatutnya dia cuti esok, tapi dia tukar dengan aku. dapat lah aku mc hari ni.

perhhh, ingat seronok duduk rumah ? dengan batuk macam ni, bila telan air masak pun rasa macam telan racun! sakit gila!!!

urhhhh.. lepas makan ubat batuk, terus aku tidur tak sedarkan diri. biar betul doktor ni? dia bagi aku ubat batuk ke, dia bagi aku dadah? smpai terus tido aku. ingatkan bangun tido, boleh la elok sikit ke apa. tapi, sama aje. tak ada perubahan pun. hurmm...

akhirnya, aku mintaklah mak buat air asam jawa. aku google kat internet, dia cakap banyakkan minum air asam jawa. sebab boleh menyejukkan tekak. jadi, aku suruh mak buat air asam jawa.


baiklahhh.. aku nak pergi telan 'racun' tu.. tengoklah kalau menjadi ke tak