Monday, 28 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014




Ramadhan telah berlalu, semoga kita semua beroleh ganjaran dan keberkatan darinya. Kini Syawal menjelang, masa untuk kita meraikan kemenangan dengan penuh rasa kesyukuran dan semoga kita bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan.


Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada sebarang kesilapan dan kekhilafan sama ada dari entri yang di terbitkan mahupun komen-komen saya di blog ini atau di blog anda. Semoga dengan kemaafan sesama kita akan menjadikan Syawal yang tiba ini umpama sehelai kain putih yang tersedia untuk di warnai semula.