Tuesday, 9 August 2016

Past Kenangan ~

iSSHH, semalam aku tido lambatt... sebab aku saja-saja aje search balik kenangan-kenangan zaman aku di UiTM Penang dulu. tengok video dulu-dulu kat facebook, tengok foto-foto lamamasa aku jadi KM Nadheera Farzana... perghh, kenangan yang paling aku takkan dapat lupakan sampai bila-bila iaitu jadi Komander Muda... serius,  aku rindukan kawan-kawan komander aku, yang lalui susah senang sama-sama, yang perangai gila-gila sama-sama... aku rindu betul dengan suasa komander di UiTM Penang.. rindu dengan bunyi drill boot yang sangat smart..

setiap pagi hari rabu, kami semua mesti pakai full-uniform, siap sedia nak baris pagi.. lepas tu.. bila petang handle budak sem 1 yang amik kokurikulum.. best gile jadi komander masa tu. rasa dihormati sangat-sangat. yang paling best, setiap komander bila pakai full-uniform, kat bahu dia ada pangkat tau.

satu garisan, bermakna Komander Rendah Muda
dua garisan, bermakna Komander Rendah Kanan
tiga garisan, bermakna Komander Muda
empat garisan, bermakna Komander Madya( komander yang ada pangkat contohnya Naib YDP, dan lain-lain)
lima garisan Komander Kanan (biasanya YDP la.... pangkat tertinggi)

so, bila senior jumpa junior.. junior boleh tengok pangkat kita dengan tengok berapa calit garisan aje... biasanya komander biasa akan ade dua garisan aje. tapi, kalau tengok "wah, komander ada ada tiga line laa..." ingat senang ke nak dapat tiga garisan tu? kena panjat turun naik nukit lah, keluar masuk hutan laa,, bangun tiga empat pagi, buat aktiviti lasak.. kena buat ujian kenaikan pangkat..  pehhh..


tapi, yang aku nak ceritakan kat sini bukanlah pangkat komander tu. tapi pengalaman aku sepanjang jadi KM di UiTM Penang.. banyak sebenarnya pengalaman yang aku dapat dulu. pengalaman di sekolah tak sama dengan pengalaman di universiti. kalau pernah masuk kawad sekolah kan, actually universiti punya lagi extreme. kalau lemah semangat, memang awal-awal tu dah tak nak jadi komander dahh..





alamak, aku terjumpa pulak gambar ni.. gambar ni masa aku ade aktiviti Jambori kat UiTM Kedah.. gambar ni sikit aje sebenarnya, banyak lagi aktiviti ekstrem yang aku kena buat. mula-mula tu memang la takut sikit sebab aku tak pernah buat aktiviti-aktiviti seumur hidup aku, tapi at last aku berani  jugakk.. hahaha...SEpanjang semester jadi komander tu, tidur takkan pernah cukup. sentiasa sibuk dengan aktiviti..! aktiviti nye pulak memang ekxtrem.. tapi, tu yang bermakna , yang paling manis.. dalam hidup aku...

bila dah habis belajar, aku dah tinggalkan pangkat KM aku bersama dengan UiTM Pulau Pinang.. tapi, pengalaman yang aku dapat spanjang jadi KM tu  takkan aku lupakan sampai bila-bila.. memang aku akan ingat sampai mati...

UITM DIHATIKU SELAMANNYA :)