Friday, 22 January 2016

My WorkPlace :)





inilah tempat kerja aku di maxis... nampak clean dan bersih kan? tapi kalau yang sebenarnye memang bersepah gile dengan fail-fail dan kertas-kertas yang bertimbun. memang stress gila kerja kat sini. kene berhadapan dengan customer.. customer service mestilah kena terbaik, bawak imej maxis. sambil buat customer service, kena jugak siapkan paper work. paper work tu termasuklah mengaktifkan line broadband dan line2 telefon.

customer selalu komplen, 'kenapa bil saya mahal?' "kenapa line maxis sangat lembap?' "kenapa saya xleh surf internet?''

soalan-soalan ni memang soalan yang paling biasa, aku pun dah boleh hafal jawapannye. tapi customer ni always right kan? kenelah berbaik-baik walaupun rasa nak tampar aje. nasib baiklah aku bukan salesgirl ataupun promoter.. kalau tak lagi teruk kena explain pasal plan-plan maxis kat customer.

walaupun stress, tapi aku happy dengan kerja aku. the most important thing is, you enjoy doing your work. betul. aku datang kerja, aku buat kerja aku dengan gembira, lepas tu aku balik. mula-mula aku start kerja memang aku tak dapat nak handle stress.. tapi bila dah lama-lama aku kerja, aku boleh kawal stress aku. tambahan pulak aku ade penawar hati kan.. hihi