Monday, 23 July 2012

Keluarga aku !!!

Assalamualaikum semua, lama juga aku tak update post aku sejak busy raya nie...
Emm, korang harini merupakan hari paling malang dalam diri aku dan keluarga, Sejujurnya aku memang stress sejak akhir-akhirni gara gara abang aku sendiri.
Abang aku abang syuk,adalah seorang navy, aku tak faham dan aku tak sangka dia sanggup kecewakan keluarga kami sendiri dengan sikap dia, nak kata diperbodohkan tak tahu la juga. MAK PAK aku sampai sakit sebabkan abang aku ni. Abang syuk dah kawin dengan kakak zai (kakak ipar aku) dia pangkat LLP tentera laut, dan mereka dikurniakankan rezeki anak.. sejak mereka dikurniakan anak hidup mereka bahagia tanpa gangguan, sampaikan pada satu hari tu.. dengan tiba tiba mak aku rungsing dan cerita pada kami adik beradik bahawa abang syuk ni, nak bercerai dengan kak zai, selalu memaki kak zai, naik tangan suara pada kak zai, kami adik beradik semua terkejut yang teramat sangat, sedangkan itu bukan perangai abang aku, abang aku sayang pada anak dia. One day, abang syuk menyatakan diri dia nak balik, kami teruja kerana kami nak jumpa anak buah kami. Sesampai je abang syuk, kami terkejut beruk dia bawak seorang perempuan dari semenanjung. Dan buat pertama kali pandangan aku terhadaat perempuan tu bukan perempuan yang baik. Dia cuba berbaik dengan kami, mengambil hati kami dengan memberi buah tangan, kain ,tudung, makanan sebagainya. Tapi sayang kami sikit pun tak berkesan dengan semua yang dia bagi tu, kecuali adik aku. Aku masih tertanya-tanya, kenapa abang aku berani bawak perempuan lain bukan wife dia,,…datang nak memperkenalkan perempuan tersebut pada kami sekeluarga, kehadirannya memang tidak disambut dengan baik, kakak aku tengok dia atas bawah tanpa salam dia, dan abang syuk jadi bengang dan sakit hati. Kemudian, mak aku juga merasakan perempuan ni bukan perempuan baik2. Begitu juga dengan abang aku sulung. Perempuan ni memperkenalkan diri dia sebagai “FIFI” dan menyatakan dia adalah anak dato panglima tudm . Dia juga berani bermalam kat situ walaupun tidak diberi layanan yang baik. Kecewannya mak pak aku bahawa abang syuk bgthu nak berkahwin dengan FIFI ni dan nak ceraikan kak zai.. apa salah kak zai ?apa salah anak? Kak zai tu sebaik-baik umat. Yang sopan lembut cantik kurus, berkerjaya. Perempuan yang dikenali fifi ni,aku seperti tidak percaya yang dia adalah seorang bisness women, ada kedai kata dia kat Selangor, mak dia adalah polis dan mempunyai kilang toner dekat dengan GM PLAZA . kata dia.. Dari pandangan aku, mata kasar aku abang aku ni dah kenapa macam kena-kena je dengan FIFI ni... abang aku, aku kenal la abang syuk paling rapat dengan aku berbanding adik beradik lain. Keesokan hari tu, kak bella aku dapat tergerak hati nak on facebook, dan tengok ada inbox masuk dari facebook , lelaki ni menceritakan pada kak bella siapa perempuan tu, dan apa tujuan dia, dan juga dia memberi ic original perempuan tu yang dicatitkan bernama wan fikriah bt hamdan, dari klang dan juga fifi dania bint ackbal. ALLAH TU MAHA ADIL, abang aku kebetulan merupakan pengawai JPN, dan dia telah mengesahkan pada kami bahawa perempuan tu atas nama fifi dania memang tak wujud dalam JPN, dan disyaki ic tu merupakan ic palsu sindiket. Dan nama perempuan tu sebenar wan fikriah bt hamdan, dan mempunya suami dan anak lain. KAMI MMG TERKEJUT,dan kami memang bertentang dengan abang syuk cerita namun abang syuk tekad juga untuk berkahwin dengan dia. Sehinggakan abang syuk sanggup ceraikan kak zai dan tak pedulikan sedikit anak dia ….. memang kami benci abang kami dan perempuan tu.. DI rumah kami, dia tunjukan diri dia adalah baik, solat pakai stokin kaki, memasak, dan tiap kali dia masak tiap kali itu juga la aku makan sikit dan rasa macam tak selesa.

                Selepas seminggu, mak aku pula mula setuju akan perkahwinan abg syuk dengan perempuan tu, dan sesungguhnya lagi kami pelik kerana mak aku begitu benci pada perempuan tu. Aku, kak emam, abag aku kami duduk berbincang, dan kami rasa sejak kehadiran dia, rumah kami jadi rasa memang lain selain-lainnya. Tak tahu nak cakap, seumpama PANAS dia lain macam. Aku mencadangkan pada akak aku untuk cuba berubat, kerana kami paling pelik adalah mak pak kami yang terlalu bersetuju kak zai and abg syuk cerai dan benarkan abang syuk tu kahwin. Pelik terlalu pelik.
                Lama kami berbincang dan akhirnya kami bersetuju untuk berubat. Kami berubat dengan seeorang yang handal dalam perubatan islam untuk menghapuskan ilmu hitam ni, dia mampu trace kan penyakit yang dihantar apa.
PAda mula kami pergi, atok tu hanya bertanyakan apa masalah? Dan kami Cuma kata, mintak tolong tengokan abang kami syuk, kami bagi nama apa… satu persatu terungkai. Atok ni berkata, parah benda ni dah teruk. Ada sesiapa yang datang rumah ke?tetamu baru? Kami sebut ada. Atok ni menyatakan semuannya, bahawa abg syuk dah terkena benda sangat kotor dalam badan dia,dah terminum and termakan benda kotor,sehinggakan boleh membuatkan benda ni memecah belah keluarga.
Selain itu, bila kami minta atuk tengokan mak kami, mak kami pon terkena !!! Rumah kami ada benda yang dicampak dan disorok, benda tu memang ada sekitar rumah dan dalam rumah.. tujuan benda tu untuk membuatkan keluarga huru hara, dan sayangkan pada dia seorang. Atuk tu jua menyatakan perempuan ni memang adalah dukun ilmu sendiri, kerana dia dapat merasakan atuk tengah scan diri dia. Atuk ni menyatakan kalau lambat bertindak memang ahli keluarga salah seorang yang rapat dengan mak kami akan berpecah belah selepas kahwin. Kami terus pandang kak emma yang bakal berkahwin. Atuk ni, minta kami cari garam bukit dan datang pada atuk untuk tabor ke rumah. Selain dari itu, atuk ni juga akan membantu kami untuk cari benda tersebut..

                SELEPAS 2MGGU BERUBAT dengan atuk ni, ALLAH ALLAH ALLAHUAKBAR, KUASA ALLAH. ILMU HITAM SI PENJAHAT TU, ADALAH DARI INDONESIA DAN DIE MENURUN. Atok ni kata dia ada belaan dia tersendiri yang dia sering menghantar ke sana ke mari… KOrang nak tahuuu taka pa atuk tu jumpa sekitar rumah kami? Biarlah gambar ni berbicara …aku takut dan memang aku seram. Namun atuk tu berkata, mak kami kena berubat sebab dah termakan juga benda kotor, dan mak aku menitis air mata aku, aku melihat.. keluarga segala kaca benda kotor dalam bandan yang diberi oleh perempuan tu. Dan juga abang syuk lari bersama perempuan tu tanpa berita.dan telah ceraikan kak zai begitu sahaja.
                Kesian anak buah aku !!! apa salah anak buah akuu ! Kenapa benda kotor ni si perempuan ni buat pada keluarga abang syuk,kak zai dan anak, kenapa pada keluarga aku juga.


                Ni gambarperempuan tu, aku berharap sangat taka da orang lain yang terkena dengan dia ni…..memang iblis syaitan!!




NAMA DIA NI WAN FIKRIAH BT HAMDAN BUKAN FIFI DANIA!