Thursday, 12 January 2017

Interview Customer Service

Assalamualaikum...

Aku nak share sikit pasal pengalaman aku masa interview untuk Customer Service Professional untuk TM Streamyx. Sejujurnya, aku tak pernah pun apply kerja untuk Customer Service. Cukuplah aku dah ada pengalaman kat Maxis dulu. Hari-hari aku jumpa customer, macam-macam peel, macam-macam perangai ada!  so, aku tak apply kerja untuk bahagian customer service.


Tapi, aku ada dapat call dari siapa entah, tak ingatlah pulak nama dia. Dia cakap, dia jumpa resume aku, dan nak offer aku untuk jawatan Customer Service Proffesional, kat TM Streamyx. Dia cerita pasal package salary semua, uhmm.. Interesting. Aku tanya Mr. Y, dia cakap pergi je interview tu. Okay, aku pergi. Siap-siapkan semua sijil and resume, esoknya aku pergi interview.

Harini call, esok kena pergi ya! Kat TTDI lagi tu, nasib baik 30 minit je dari rumah aku. Tapi, almost satu jam lah aku sampai sana, sebab bawak very slow gitu.. Nervous punya pasal.

Interview time pukul 12 tengah hari, kul 11.30 aku dah ketuk pintu ofis. Dia suruh aku isi borang pengenalan diri, dan jugak jawab 3 set soalan. Satu set soalan grammar english, satu set soalan IT pasal computer semua tu, set ketiga soalan tatabahasa melayu.  Jawab aje lah, pas dah jawab, bagi kat trainer tu, dia check. Dah macam cikgu dah.

Semua calon ada dalam 6 orang. Lepas briefing pasal gaji dan worktime, kami dibawa ke Plaza Vads untuk next interview. Ingatkan 6 orang je, rupanya ada lagi da tengah menunggu kat training room.

Ujian pertama, kena buat typing test. Untuk lulus, kau kena type ayat yang dia bagi dalam masa 3 minit, dengan speed minima 20w.p.m dan accuracy mesti lebih 85%. Untuk aku, memang takde masalah, sebab aku memang pakar menaip. Dah nama blogger, mestila taip laju. Keputusan aku lepas.

Dah siap typing test, aku dan lagi 4 orang masuk interview sama-sama dalam satu bilik. Yang meng'interview' nya sorang aje, and very strict.

Dia akan tanya basic question, contoh dari mana, jauh ke tempat tinggal, ada transport tak.. Pastu dia start soalan up sikit, kenapa awak rasa layak utk customer service.

Interview memang fully in english. Ada satu calon ni, dia diploma in accounting. Tapi english memang hancus..

"you have diploma in accounting, but why you choose a career as Customer Service?"

"i am a good-listener..bla bla.."

"dont give me answer like i'm a good listener, i want to hear something else.. "

Terdiam dia. Tak jawab apa.

Time aku pulak, tak banyak soal. Just tanya, boleh ke kerja shift, and macam mana kalau kena balik tengah malam? Pandai-pandai lah aku goreng. Hehe..

Pastu, soalan IT pulak. Dia akan tanya pasal modem ke, broadband ke, macam mana nak set up internet... Aha! Aku kan pernah kerja Maxis, so of course lah aku tau pasal broadband & internet connection. Dengan yakin nya aku jawab .. Tahlah jawapan betul atau tak.

Even jawapan kau salah pun, interviewer tu nak tengok communication skills kau je. Please be confident, janganlah terkulat-kulat depan dia, without answer. Jawap aje apa pun.

Haa, itu aje yg dapat aku share. Tapi, aku ni memang panas baran, & tak boleh bersabar. Sebab tu, aku tak sesuai untuk.Customer Service. Kat Maxis tu, aku boleh tahan sebab aku buat sales sekali. Sales comes with commision. So, kalau customer marah-marah pun, end up with something with money. Hehehe..


Tapi, kalau ada rezeki, jangan ditolak. Tak salah kalau mencuba bidang baru. Dah ada satu experience baru dalam resume korang!  so, kalau nak apply next job, ada sikit advantage! Kan?