Tuesday, 7 February 2012

Flight ke Sabah ~

Assalamualaikum. Entry harini pasal aku naik flight sorang-sorang dari pulau pinang ke sabah dan balik ke penang balik. Macam biasa la. Dah naik flight sorang kompem menggelabah sorang-sorang jugak. Lagipun ini kali kedua aku naik flight sorang-sorang. First time naik, memang main redah je. Akibatnya kali kedua nak naik, dah lupa apa patut aku buat. Akhirnya tercetus lah ilham untuk update blog yang dah usang tunggu nak di delete je ni supaya aku ingat jugak lah nak naik nanti macam mana.

First of all, pastikan beg kau bawak just ikut apa yang dibenarkan je. Jangan nak mengada bawak lebih-lebih. Tadi ada kes masa aku nak masuk gate, ada orang belakang aku tak boleh masuk gate sebab dia pegang beg plastik (mungkin makanan) agak banyak jugak total yang dia bawak dalam 4 beg. Memang kesianlah sebab based on orang yang pro (ni aku tanya orang) kalau nak simpan barang/bagasi kena 1 jam awal sebelum masuk gate. Lepas dari tu tak boleh ke entahlah aku pun tak power sangat. Baru newbie. Kesimpulan jangan degil. Bawak je sikit. Btw, lenkali ingatkan aku bawak barang sikit je. Beg naik cabin aku tadi actually 10kg tapi diorang tak perasan pon hihi (ke tau tapi kesian kat aku?). Cuma menderita sikit lah. Aku ni wanita (eh?). Nak mengangkat beg berat macam tu memang ler tak lepas. Terpaksa lah ayu-ayu sikit mintak tolong orang hihi. Yaaaaa lepastu, bawak apa yang di perlukan. Boarding pass + passport (kalau dalam negara tak payah pun) + ic. 


Beg berat macam guni beras

Nak cerita sikit pasal airport di Penang. Sampai je di airport, try tengok dekat skrin number gate yang kau kene masuk nanti. Kalau tak tulis panggilan untuk flight kau, rilek dulu makan mcd ke dulu. Bersabar. 


Bersabar.

Keluar je perkataan calling/panggilan, kau dah boleh masuk dekat bahagian tepi kanan mcd ada kastam tunggu nak cek ic/passport dengan boarding pass. Itu baru lalu je. Then, kau akan sampai tempat scan beg. Letak segala harta dalam bekas yang dia sediakan. Selalunya aku akan tanggal segala barang kemas dalam beg supaya nanti takda bunyi annoying tu. Kau pergi/jalan je straight (kalau konpius follow je orang lain yang ada dekat situ) and tengok ada papan tanda tunjuk gate kau dekat mana. Follow aje. 






Then tunggu gate dibuka. Better kau duduk je dekat sikit dengan gate sebab jap lagi nak beratur nahaaaaaa panjang bebenor. Jangan silap beratur. Akan ada 1 laluan untuk yang premium/hotseat dan 1 lagi yang biasa. Haritu time 1st naik flight sensorang konfiden beratur yang line hotseat tu. Sekali salah nasib baik buat muka sedih sikit, ada pakcik bagi potong line dia haha. 

Nampak aku beratur habis depan dah ni.Dah masuk gate, carilah seat engkau. Jangan macam aku. Konfiden sangat refer sequence no dekat boarding pass tu siap dah amik gambar da. Bukti gambar bawah ni haa. 


Sekali salah. Memang menggelabah punya pasal. Flight ambil masa 2 jam 30 minit. Okey lah boleh tidur. Sampai je airport di kota kinabalu, Sabah kau akan pergi ke kaunter untuk passport. Kalau takde passport pun takpe nanti dia bagi sekeping resit (yeke?) dan kau kena simpan untuk balik nanti. Nak pakai lagi untuk balik. Aku pakai passport, penat buat tapi tak pakai memang naya la. Naya tau naya?



Okay itu je. Selamat bercuti yadda yadda bai~